suria

Warner Brothers Bakal Buka Taman Tema Harry Potter

Pintu masuk taman tema Harry Potter di Leavesden Studios dekat pinngir kota London yang akan dibuka kepada pengunjung pada musim bunga tahun hadapan. -Foto REUTERS

LONDON: Syarikat Warner Brothers bercadang membina satu taman tema yang berkonsepkan magis daripada filem popular, Harry Potter di studionya yang telah diubah suai iaitu Leavesden Studios.

Studio yang berada di pinggir London itu dijangka akan dibuka pada musim bunga akan datang.

Set asli Great Hall di Hogwarts School yang digunakan semasa rakaman filem itu di Hollywood akan dibawa ke studio tersebut dan para pelawat dijangka akan dikejutkan semasa melalui pintu masuk studio tersebut.

Kesemua butiran terperinci kelapan-lapan filem Harry Potter akan dibawakan ke studio tersebut, daripada pembinaan dinding luar sehinggalah meja kayu yang digunakan pelajar Hogwarts.

Efek api seperti lilin menyala yang terapung diterjemah melalui penggunaan efek khas komputer namun kebanyakan watak, kostum, prop dan set adalah seperti filem sebenar.

Juruteknik efek khas dan pemenang Oscar, John Richardson menunjukkan kerja dan hasil ciptaanya untuk studio tersebut.

"Banyak kanak-kanak dan orang dewasa yang membesar bersama Harry Potter dan ini adalah peluang mereka untuk melihat secara dekat tentang semua perkara yang melibatkan filem Harry Potter dan pada masa yang sama ia memberi peluang kepada orang ramai mengetahui bagaimanakah membuat sesebuah filem," katanya kepada pemberita. -REUTERS

Artikel Lain