suria

Shell Timbang Tutup Loji Untuk Padam Kebakaran

SINGAPURA Shell pada Khamis mempertimbangkan untuk menutup loji penapisannya di Pulau Bukom jika langkah itu dapat memadamkan kebakaran yang masih marak.

Operasi pemadaman kebakaran masih diteruskan untuk memadamkan api yang bermula sejak tengah hari semalam.

Syarikat itu sehingga kini telah menutup beberapa unit berhampiran kawasan kebakaran di loji penapisan yang memproses 500,000 tong sehari, termasuk sebuah ”hydrocracker”.

Pada sidang akhbar di sini hari ini, Pengerusi Shell Singapura, Lee Tzu Yang berkata, mereka sedang berusaha untuk mengesan sumber yang mengakibatkan api masih terus marak. –BERNAMA

Artikel Sebelum

Taufan Kedua Landa Filipina

Artikel Berikut

Artikel Lain