suria

Pertikaian Apple Dan Samsung di Australia Minggu Depan

Mirip... Apple Ipad 2 (kiri) dan Samsung Galaxy Tab 10.1- Foto AFP
Mirip... Apple Ipad 2 (kiri) dan Samsung Galaxy Tab 10.1- Foto AFP
Mirip... Apple Ipad 2 (kiri) dan Samsung Galaxy Tab 10.1- Foto AFP

SYDNEY: Sebuah mahkamah di Australia pada Khamis berkata pertikaian ke atas hak paten komputer tablet antara dua syarikat teknologi gergasi, Apple dan Samsung akan dihakimi pada minggu depan.

Beberapa laporan menyebut bahawa satu keputusan mungkin dikeluarkan pada Khamis depan.

"Saya akan melakukannya secepat mungkin. Saya berharap dapat mengadili kes ini pada minggu depan," beritahu Hakim Mahkamah Persekutuan, Annabelle Bennet kepada peguam kedua-dua belah pihak.

Apple bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat daripada Korea Selatan itu pada bulan lepas dengan mendakwa berlakunya pelanggaran hak harta intelek melalui produk Galaxy Tab 10.1 yang dikatakan menyerupai iPad 2.

Syarikat Amerika Syarikat (AS) tersebut memohon datu pengharaman kekal terhadap penjualan atau prmosi Galaxy Tab di Australia.

Kedua-dua syarikat itu sedang berada dalam pertikaian terhadap telefon pintar dan komputer tablet di AS dengan mendakwa berlakunya pelanggaran hak cipta sama sendiri.

Tindakan undang-undang yang sama juga sedang dibuat di Korea Selatan.

Bagaimanupun, Apple menang dalam pertikaian dengan Samsung di Jerman awal bulan ini apabila sebuah mahkamah mendapati Galaxy Tab 10.1 meniru iPad dan mengharamkan penjualannya di negara itu. -AP

Artikel Sebelum

Taufan Nesat Membadai China Pula

Artikel Berikut

Artikel Lain