suria

Pemandu Teksi Bermotosikal Ditahan Atas Kematian Pelancong Jepun

YANGON: Polis Myanmar menahan seorang pemandu teksi bermotosikal yang disyaki sebagai suspek kematian seorang pelancong wanita Jepun berhampiran dengan kawasan kuil popular, Bagan di sini.

Pegawai keselamatan Myanmar berkata mangsa berusia 30 tahun itu diserang oleh suspek pada Rabu di bandar Kyaukpadaung yang terletak berhampiran Bagan.

Pegawai yang enggan dikenali kerana tidak dibenarkan menyebarkan maklumat berkenaan berkata, wanita itu ditemui dalam keadaan cedera parah dan meninggal di hospital.

Kedutaan Jepun bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut.

Kes jenayah kejam yang melibatkan pelancong asing adalah jarang berlaku di Myanmar. - AP

Artikel Sebelum

Taufan Nesat Membadai China Pula

Artikel Berikut

Artikel Lain