suria

Menteri Dalam Negeri Bolivia Letak Jawatan

LA PAZ: Menteri Dalam Negeri Bolivia, Sacha Llorenti mengumumkan peletakan jawatannya pada Rabu berikutan kritikan hebat terhadapnya mengenai tindakan pihak keselamatan menangani tunjuk perasaan membabitkan kaum asli Amazon.

Dalam tunjuk perasaan itu Ahad lalu, polis anti rusuhan melepaskan gas pemedih mata dan menahan ratusan aktivis yang membantah rancangan membina jalan raya merentasi hutan hujan Amazon yang didiami lebih 50,000 etnik asli.

Llorenti berkata, peletakkan jawatannya itu sebagai menghindari isu itu dipolitikkan dan mempertahankan dirinya daripada dipersalahkan berikutan insiden itu.

“Saya bukan melarikan diri disebabkan kapal yang hendak tenggelam tetapi sebaliknya.

"Saya berusaha gigih menyelamatkannya daripada tenggelam dengan menambahkan lagi kelajuan kapal," katanya yang berkhidmat sejak Januari 2010.

Pengunduran Llorenti itu juga susulan daripada peletakan jawatan Menteri Pertahanan Cecilia Chacon yang turut berbuat demikian Isnin lalu berikutan insiden itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Palestin Masih Perlukan 9 Undi

Artikel Lain