suria

Tentera Militan Filipina Bunuh 6, Cederakan 5 Orang

MANILA: Tentera Filipina berkata kumpulan militan yang dikaitkan dengan al-Qaida telah membunuh seorang tentera dan lima penduduk kampung serta mencederakan lima yang lain dalam satu serangan di sebuah wilayah bergolak di selatan pulau berkenaan.

Komander tentera wilayah itu, Kol. Alex Macario berkata tentera bersenjata Abu Sayyaf menyerang perumahan tentera pro-kerajaan di luar perbandaran Sumisip di Pulau Basilan sebelum subuh Selasa.

Serangan itu berlaku dua hari selepas insiden 50 ahli kumpulan bersenjata Muslim yang mempunyai kaitan dengan Abu Sayyaf menyerang tentera laut Filipina yang sedang mengawal projek pembinaan sebuah sekolah biayaan Amerika Syarikat (AS) di selatan Pulau Jolo, Basilan.

Pertempuran itu menyebabkan 13 orang bersenjata, dua tentera marin dan dua penduduk kampung terkorban. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain