suria

PM Jamaica Berundur November Ini

KINGSTON: Perdana Menteri Jamaica, Bruce Golding mengumumkan bahawa beliau akan berundur diri pada November ini bagi memberi laluan kepada pemimpin baru dari kalangan pemimpin Jamaica Labour Party (JLP).

Golding memegang jawatan berkenaan sejak JLP mengalahkan parti pembangkang, People’s National Party (PNP) pada pilihan raya umum 2007.

"Cabaran yang dihadapi sepanjang empat tahun lalu diambilkira dan memang masa sesuai untuk memberi laluan kepada pemimpin baru meneruskan program pemulihan ekonomi dan transformasi serta membawa parti meraih kemenangan pada pilihan raya umum akan datang," katanya dalam kenyataan. - REUTERS

Artikel Lain