suria

Pelajar Islam Tidak Menyesal Protest

CALIFORNIA (Amerika Syarikat): Lapan pelajar bergama Islam yang disabitkan hukuman salah laku selepas mengganggu ucapan yang dibuat seorang pegawai kedutaan Israel di University of California mengucapkan terima kasih kepada para penyokong mereka dan mendakwa tidak menyesal di atas perbuatannya.

Kenyataan itu dikeluarkan mereka di satu mesyuarat umum yang dilakukan di masjid Anaheim, di sini.

Pelajar, Mohamed Abdelgany memberitahu hadirin yang hadir pada Islamic Institute of Orange County bahawa walaupun mereka berasa sedih dengan keputusan mahkamah itu, tindakan mereka itu adalah wajar.

Abdelgany berkata adalah tidak patut jika dirinya dan aktivis yang lain tidak berdiri di atas pegangan mereka.

Seorang lagi pelajar, Taher Herzallah berkata ibunya bimbang jika dia dipenjarakan dan membuatkannya berjanji tidak melakukannya lagi selama setahun.

Peguam mahasiswa tersebut, Reem Salahi memberitahu hadirin bahawa dia akan membuat permohonan mahkamah. -AP

Artikel Lain