suria

Gempa Bumi Gegar Laut Banda, Indonesia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 magnitud menggegarkan Laut Banda, Indonesia pada kira-kira jam 11.39 pagi Isnin.

Jabatan Meteorologi berkata, pusat gempa ialah pada 467 kilometer tenggara Makassar, Indonesia dan 1,345 kilometer Sarikei, Sarawak. Gempa bumi itu tidak menyebabkan sebarang ancaman tsunami. - BERNAMA

Artikel Lain