suria

Serangan Tentera: Lima Penunjuk Perasaan Maut

SANAA: Sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan anti kerajaan mati dalam serangan tentera Yaman selepas berlaku pertempuran hampir sepanjang malam Jumaat di tengah ibu negara itu.

Saksi memberitahu, askar melancarkan serangan sebaik tengah malam dengan melepaskan tembakan di tengah bandar raya Sanaan, di mana penunjuk perasaan berkumpul dan mengusai dataran di situ sejak Januari lalu.

“Sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan terbunuh," kata seorang pegawai perubatan di khemah hospital yang ditempatkan di dataran berkenaan.

"Serangan itu berlaku sebaik kepulangan mengejut Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh selepas meninggalkan negara itu tiga bulan lalu.

Saleh pulang dari Arab Saudi selepas dilaporkan menerima rawatan akibat kecederaan yang dialaminya ketika rusuhan di istananya pada 3 Jun lalu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain