suria

Operasi NATO Di Libya Dilanjut Tiga Bulan

BRUSSELS: Operasi ketenteraan Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Libya akan dilanjutkan untuk tiga bulan lagi, jelas para diplomat pada Khamis.

Sumber memberitahu, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat yang dihadiri kalangan duta dari 28 negara yang menganggotai NATO di Brussels.

Mandat operasi yang ada ketika ini dijangka tamat 27 September ini. Lanjutan operasi terbaru untuk 90 hari lagi itu adalah untuk mengawasi keselamatan orang awam di Libya yang berhadapan dengan konflik antara pemberontak dan Rejim Muammar Gaddafi. - Reuters

Artikel Lain