suria

Ketua Pengarah Al-Jazeera Letak Jawatan

DOHA: Ketua Pengarah Al-Jazeera, Wadah Khanfar pada Selasa meletak jawatan selepas lapan tahun menjadi ketua stesen televisyen satelit tersebut, lapor kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web Al-Jazeera.

"Saya telah lama berbincang dengan pengerusi syarikat mengenai perletakan jawatan ini dan dia memahami kehendak dan keputusan saya ini," katanya.

Pengganti yang bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Wadah, bagaimanapun, masih belum diumumkan.

Beliau dilantik menjadi Pengarah pada 2003 sebelum dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah. - AFP

Artikel Sebelum

Taufan Roke Landa Jepun, 10 Terbunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain