suria

Jumlah Kematian Gempa Bumi India-Nepal Meningkat Kepada 83 Orang

NEW DELHI: Jumlah kematian daripada kejadian gempa bumi berskala 6.9 magnitud di sempadan India-Nepal telah meningkat kepada 83 mangsa, kata kenyataan rasmi pada Selasa.

Setiausaha Perumahan R.K Singh berkata dalam taklimat ringkas di New Delhi, sekurang-kurangnya 50 kematian dicatatkan di negeri timur laut India, Sikkim dalam kejadian Ahad lalu.

18 lagi terkorban akibat runtuhan bangunan dan tanah runtuh di beberapa negeri yang bersempadanan.

Polis berkata, lapan mangsa terbunuh di Nepal dan agensi berita rasmi Xinhua, China melaporkan tujuh terbunuh di selatan Tibet.

Gegaran boleh dirasai sejauh lebih 1,000km (600 batu) daripada New Delhi sehingga ke barat dan di timur Bangladesh.

Pasukan penyelamat yang menjalankan operasi menyelamat berdepan kesukaran kerana jalan raya yang merekah dihalang oleh timbunan batu dan lumpur. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain