suria

Mitsubishi Heavy Industries Diserang Virus

TOKYO: Syarikat Jepun, Mitsubishi Heavy Industries (MHI) yang terjejas akibat serangan siber dikhuatiri akan kehilangan data loji nuklear atau produk berkaitan ketenteraan, lapor sebuah akhbar, Isnin.

Menurut akhbar Yomiuri Shimbun, pada pertengahan Ogos lalu, syarikat tersebut mengenalpasti kira-kira 80 server dan komputernya telah diserang virus komputer.

Akhbar harian itu turut melaporkan, serangan siber berkenaan disasarkan pada loji utama syarikat itu di bahagian tengah dan barat Jepun yang menjadi lokasi loji nuklear dan pembuatan kapal selam dan peluru berpandu.

Pada Isnin, Mitsubishi Heavy mengakui komputer-komputer syarikatnya telah diserang virus tetapi informasi berkaitan produk-produk atau teknologi ciptaannya tidak terjejas. - AFP

Artikel Lain