suria

Jip Terhumban Dalam Sungai: 13 Terbunuh

KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh di barat Nepal pada Ahad apabila sebuah jip hilang kawalan dan terjunam 300 meter ke dalam sungai, lapor media tempatan.

Kira-kira tiga orang kanak-kanak antara yang terbunuh dan enam orang turut tercedera dalam kemalangan yang berlaku di daerah Myagdi.

Menurut polis, jumlah terkorban berkemungkinan bertambah kerana mereka masih dalam proses mencari mangsa yang hilang. -AP

Artikel Lain