suria

Ketua Operasi Al-Qaeda Di Pakistan Terbunuh

WASHINGTON: Ketua Operasi Al-Qaeda di Pakistan, Abu Hafs al-Shahri telah berjaya dibunuh, kata pegawai kanan Amerika Syarikat pada Khamis, mendedahkan kejayaan terbaru mereka dalam menentang kumpulan tersebut.

Kematian Abu Hafs di sebuah daerah di Pakistan itu berlaku selepas pembunuhan orang nombor dua Al-Qaeda, Atiyah Abd al-Rahman bulan lalu dan Osama Laden Mei lalu, dipercayai berjaya melemahkan lagi kumpulan militan tersebut.

“Kami mengesahkan ketua operasi Al-Qaeda di Pakistan, Abu Hafs al-Shahri telah dibunuh awal minggu ini di Waziristan, Pakistan,” kata pegawai yang tidak mahu dikenali itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

15 Maut Letupan Bom Kereta Di Iraq

Artikel Lain