suria

Niger Beri Jaminan Halang Anak Gaddafi Ke Luar Negara

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menerima jaminan daripada Niger bahawa anak lelaki pemimpin Libya yang digulingkan, Saadi Gaddafi akan dihalang daripada perjalanan.

"Kami menerima jaminan dari kerajaan Niger bahawa Saadi akan dihalang daripada sebarang perjalanan.

"Itu selaras dengan larangan perjalanan dalam Majlis Resolusi Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1970," kata jurucakap Timbalan Jabatan Negara, Mark Toner.

Perdana Menteri Niger, Brigi Rafini, berkata pada Isnin lalu bahawa 32 penyokong kuat Gaddafi termasuk anak lelaki beliau, Saadi tiba di Niger sejak 2 September lalu, sambil menambah mereka diterima atas sebab kemanusian. -AP

Artikel Lain