suria

Loket Berlian Ditemui Dalam Perut Pencuri

MADRID: Sebutir loket bertatah berlian ditemui di dalam perut seorang pencuri di sini, Khamis selepas polis mengarahkan dia menjalani imbasan sinar-x.

Pencuri itu mencuri beg tangan kepunyaan seorang wanita Britain yang mengandungi 2,000 euro (RM8,400), sebuah telefon bimbit, loket bertatah berlian bernilai 12,000 euro (RM51,000) berkenaan dan barang-barang lain ketika berada dalam sebuah restoran.

Polis kemudian memberhentikan kereta pencuri tersebut di tempat pemeriksaan biasa kerana mempunyai rekod jenayah sebelum ini dan mereka menemui beg tangan wanita tersebut. - AFP

Artikel Lain