suria

Enam Maut Serangan Taliban Di Kabul

KABUL: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh manakala 15 lagi cedera dalam beberapa serangan yang dilancarkan oleh kumpulan Taliban ke atas kedutaan Amerika Syarikat di Kabul, Afghanistan, pada Rabu.

Menurut kementerian dalam negeri, Taliban melancarkan serangan termasuk menggunakan pengebom berani mati di empat lokasi yang berbeza, termasuk ibu pejabat NATO yang berdekatan kedutaan AS dan lapangan terbang.

Siri serangan tersebut menyebabkan enam orang awam terbunuh termasuk dua anggota polis dan empat orang awam, manakala 15 yang lain cedera. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain