suria

Enam Belas Maut Dalam Dua Serangan Pengebom Berani Mati

QUETTA (PAKISTAN): Seramai 16 orang dilaporkan terbunuh manakala 32 orang lain cedera pada Rabu dalam serangan bom berkembar dilakukan dua pengebom berani mati yang mensasarkan pasukan keselamatan yang menangkap anggota kanan Al-Qaeda awal minggu ini, demikian menurut pihak polis.

Seorang penyerang meletupkan keretanya yang dipasang bom di luar kawasan kediaman Timbalan Ketua Frontier Corps di bandar Quetta sebelum seorang lagi penyerang meletupkan dirinya dalam rumah, kata seorang anggota kanan polis, Hamid Shakil.

"Apa yang berlaku adalah dua serangan pengebom berani mati. Rumah tersebut rosak teruk... beberapa anggota keluarga dan Timbalan Inspektor Jeneral sendiri mengalami kecederaan," katanya.

Empat anggota Frontier Cops antara yang terbunuh termasuk seorang pegawai kanan malah isteri Timbalan Ketua dan dua anak mereka juga terkorban.

Kediaman Timbalan Inspektor Jeneral adalah berhampiran dengan banggunan-banggunan kerajaan yang lain dan kediaman pegawai-pegawai kerajaan di bandar Quetta yang bersempadan dengan Afghanistan dan Iran.

Frontier Corps merupakan pasukan paratentera Pakistan yang bekerjasama dalam operasi dilakukan pada Isnin untuk menangkap pemimpin kanan Al-Qaeda yang dipercayai terlibat dalam merancang beberapa siri serangan di Amerika Syarikat, Eropah, dan Australia. -AFP

Artikel Lain