suria

Pesawat Tempur Terhempas Korban Nyawa Dua Juruterbang

MOSCOW: Kedua-dua juruterbang terbunuh apabila jet pejuang Mig-31 Rusia yang dinaiki mereka terhempas di wilayah Urals pada Selasa, demikian menurut Kementerian Pertahanan.

"Kumpulan penyelamat tiba di tempat kejadian dan mengesahkan bahawa krew jet tersebut terbunuh," beritahu jurucakap kementerian, Kolonel Igor Konashenkov.

Menurut Konashenkov, pesawat malang tersebut tidak membawa sebarang senjata api semasa berlakunya kejadian.

Kemalangan pesawat udara sering berlaku di Rusia dengan peralatan penerbangan dari era Soviet yang ketinggalan zaman dikatakan menjadi punca kemalangan. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain