Gaddafi Sihat, Rancang Pertahan Libya - Dunia | mStar

Gaddafi Sihat, Rancang Pertahan Libya

NICOSIA: Muammar Gaddafi berada dalam keadaan yang sihat dan merancang pelan pertahanan Libya, kata jurucakapnya, Moussa Ibrahim pada Isnin.

"Kami masih berkuasa," katanya yang menambah bahawa anak-anak lelaki pemimpin yang cuba digulingkan itu telah mengambil peranan mereka dalam pertahanan dan berkorban untuk negara mereka.

Ibrahim yang merupakan penyokong Gaddafi mengatakan pihaknya berjanji akan berjuang bermati-matian untuk memperoleh kemenangan.

"Kami akan berjuang dan menentang untuk Libya juga semua warga Arab," katanya.

Ibrahim menggelar pihak yang berkuasa di Libya sekarang sebagai "agen NATO" dan mendakwa mereka "melakukan jenayah seperti pencabulan, pembunuhan dan merompak."

"Libya tidak akan jatuh dan kumpulan yang setia akan terus mempertahankan setiap kawasan di negara ini," kata Ibrahim. -AFP

Artikel Berikut

Konvoi Mungkin Bawa Gaddafi Ke Nigeria

Artikel Berkaitan

default image

20 Pengikut Syiah Dibunuh Di Pakistan

default image

Beribu-ribu Pengguna Terkandas Tren Tergendala

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain