suria

Tiada Terselamat Dalam Nahas Udara Chile

SANTIAGO: Semua 21 penumpang pesawat tentera yang kemalangan di Lautan Pasifik berdekatan kepulauan Juan Fernandez pada Jumaat lalu terkorban.

Menteri Pertahanan, Andres Allamand berkata Sabtu, setakat ini, pasukan mencari dan menyelamat menemui empat mayat dalam kemalangan udara terburuk di negara tersebut.

"Kita boleh membuat kesimpulan bahawa impaknya begitu kuat sehingga ia membunuh semua penumpang serta-merta," katanya.

Pesawat CASA 212 cuba mendarat dua kali sebelum hilang daripada radar ketika angin kencang dan hujan lebat melanda tempat tersebut. - REUTERS

Artikel Lain