suria

Setiausaha Agung PBB Gesa Dunia Bantu Stabilkan Libya

CANBERRA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon pada Sabtu menggesa semua negara membantu menstabilkan Libya.

Bagaimanapun beliau menegaskan, masa depan negara yang mengalami pergolakan itu harus ditentukan oleh rakyat sendiri.

"Saya terus menggesa semua negara supaya berkerjasama membantu rakyat Libya.

"Masa depan Libya harus ditentukan oleh rakyat Libya sendiri," katanya pada sidang akhbar di sini.

Ban tiba di Australia selepas menghadiri satu sidang kemuncak antarabangsa mengenai Libya di Paris. Beliau memberitahu, pihaknya akan membawa satu misi PBB ke negara tersebut untuk mengelakkan tercetusnya satu krisis kemanusiaan di situ.

"Kita akan berusaha memastikan PBB dapat memberikan respons segera kepada pihak berkuasa Libya," katanya.

Tambah Ban, usaha tersebut termasuk memastikan keselamatan orang awam, mempromosikan dialog politik yang insklusif dan mempertahankan hak-hak kemanusiaan. - AFP

Artikel Lain