Pesawat Tentera Udara Chile Dengan 21 Penumpang 'Hilang' - Dunia | mStar

Pesawat Tentera Udara Chile Dengan 21 Penumpang 'Hilang'

SANTIAGO: Sebuah pesawat tentera udara Chile dengan 21 penumpang 'hilang' di Lautan Pasifik, Jumaat, ketika ia dalam perjalanan ke kepulauan Juan Fernandez yang terpinggir.

Datuk Bandar Juan Fernandez, Leopoldo Gonzalez memberitahu media bahawa satu pasukan mencari dan menyelamat menemui "serpihan-serpihan dari kapal terbang itu di laut."

Beliau berkata, pesawat berenjin turbo Casa 212 itu cuba mendarat di pulau tersebut sebanyak dua kali tetapi gagal.

"Kemudian, perhubungan terputus," katanya.

Ini menggerakkan pasukan tentera laut dan udara Chile dikerahkan ke tempat kejadian untuk membantu dan menyelamat mangsa-mangsa. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain