suria

Noda Umumkan Kabinet Baru Jepun

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda pada Jumaat memilih sekutunya untuk mengisi jawatan utama dalam kabinet ketika beliau berusaha membantu negara tersebut menerusi pemulihan malapetaka selain menangani krisis nuklear dan kelembapan ekonomi yang berpanjangan.

Setiausaha kabinet, Osamu Fujimura berkata, Koichiro Gemba, 47, bakal menjadi Menteri Luar Jepun dan Jun Azumi, 49, yang merupakan bekas wartawan akan mengambil alih portfolio kewangan.

Kedua-duanya secara relatifnya masih muda dalam dunia politik Jepun yang sebelum ini didominasikan oleh negarawan senior.

Mereka adalah sekutu Noda.

Yoshio Hachiro, 63, dipilih sebagai Menteri Perdagangan dan Ekonomi.

Seperti Noda, Gemba belajar bidang politik di sebuah sekolah terkemuka yang ditubuhkan oleh pengasas Panasonic Corporation, Konosuke Matsushita.

Azumi pula sebelum ini bekerja di badan penyiar awam, NHK.

Noda mengekalkan Goshi Hosoni sebagai menteri yang bertanggungjawab mengendalikan krisis nuklear di wilayah Fukushima, di timur laut Jepun.

Beliau turut mengekalkan Michihiko Kano yang bertanding menentangnya dalam kepimpinan parti sebagai Menteri Pertanian.

Michihiko dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan penggubal kanan undang-undang.

Berikut merupakan kabinet baru Noda:

Ketua Setiausaha Kabinet: Osamu Fujimura

Menteri Luar: Koichiro Gemba

Menteri Pertahanan: Yasuo Ichikawa

Menteri Kewangan: Jun Azumi

Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri: Yoshio Hachiro

Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan: Michihiko Kano (Dikekalkan)

Menteri Kehakiman: Hideo Hiraoka

Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi: Masaharu Nakagawa

Menteri Kesihatan, Tenaga Kerja dan Kebajikan: Yoko Komiyama

Menteri Tanah, Infrastruktur dan Pelancongan: Takeshi Maeda

Menteri Pembangunan Semula: Tatsuo Hirano

Menteri Postal Reform: Shozaburo Jimi (People's New Party) (Dikekalkan)

Menteri Strategi Nasional: Motohisa Furukawa

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi: Tatsuo Kawabata

Menteri Alam Sekitar yang turut bertanggungjawab memantau krisis nuklear: Goshi Hosono (Dikekalkan)

Menteri Penggiatan Semula Kerajaan yang turut memantau Reformasi Perkhidmatan Awam: Renho

Pengerusi Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan: Kenji Yamaoka

Artikel Sebelum

Taufan Talas Landa Jepun

Artikel Lain