Pemberontak Mahu Bunuh Gaddafi Yang Mungkin Masih Di Libya - Dunia | mStar

Pemberontak Mahu Bunuh Gaddafi Yang Mungkin Masih Di Libya

TRIPOLI: Muammar Gaddafi berkemungkinan masih di Libya dan pemberontak boleh membunuh pemimpin yang digulingkan itu jika beliau tidak menyerahkan diri, demikian menurut pegawai kanan Majlis Peralihan Kebangsaan.

"Saya mempunyai maklumat bahawa kemungkinan besar Gaddafi masih berada di Libya," kata ketua perhubungan tentera, Omar Hariri.

Hariri memberitahu pemberita bahawa Gaddafi berada dalam keadaan di mana beliau tidak berdaya melakukan sebarang ancaman.

Hariri berkata kumpulan pemberontak mengesyaki Gaddafi bersembunyi sama ada di Bani Walid dekat tenggara Tripoli atau di pinggir ibu negara tersebut.

Misi utama kumpulan pemberontak pada masa ini adalah menangkap Gaddafi dengan kumpulan yang mendakwa mereka telah "membebaskan" hampir kesemua kawasan di Libya itu masih berunding dengan kumpulan penyokong setia Gaddafi di kampung halaman pemimpin itu iaitu di Syrte.

"Kami mempunyai hak untuk membunuh Gaddafi," kata pemimpin kanan kumpulan pemberontak, Ahmed Darrad.

"Dia menyeksa kami. Dia merupakan penjenayah dan di seluruh dunia, jika penjenayah tidak menyerah diri, anggota penguatkuasa mempunyai hak untuk membunuhnya."

Lokasi orang kanan rejim Gaddafi termasuklah penasihat keselamatan utama Gaddafi, Ibrahim Senussi, masih tidak diketahui.

Konflik di Libya telah meragut 50,000 nyawa dan bilangan penduduk yang hilang dan cedera adalah berkemungkinan dua kali ganda daripada jumlah tersebut, kata Darrad. -AFP

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain