suria

Gempa Bermagnitud 6.0 Gegarkan Kepulauan Santa Cruz

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Santa Cruz yang merupakan sebahagian daripada Wilayah Temotu, Kepulauan Solomon, pada pukul 2.14 petang Khamis.

Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi, pusat gempa bumi itu terletak 5,656 km ke tenggara Kunak di Sabah.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dan Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan berkenaan, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Artikel Lain