Agensi Dakwa Malaysia Pusat Persinggahan Penyeludupan Hidupan Liar - Dunia | mStar

Agensi Dakwa Malaysia Pusat Persinggahan Penyeludupan Hidupan Liar

NEW DELHI: Sebuah agensi pemantau mendakwa Malaysia kini menjadi sebahagian rangkaian penyeludupan hidupan liar antarabangsa berikutan penemuan 794 batang gading gajah di Hong Kong yang dikatakan telah dibawa dengan kapal dari sebuah pelabuhan di Malaysia.

Badan berkenaan, Traffic, mendakwa gading-gading berkenaan yang kesemuanya seberat 1.9 tan disembunyikan di dalam sebuah kontena.

"Rampasan terbaru itu menunjukkan adanya 'peranan' Malaysia sebagai negara perantaraan bagi penyeludupan gading dari Afrika ke Asia.

"Sudah tiba masanya Malaysia bertindak tegas terhadap penyeludup gading ini yang telah mencemar imej negara," kata Tom Milliken, penyelaras program gajah dan badak bagi agensi itu, dalam satu kenyataan.

Seorang suspek berumur 66 tahun ditahan berhubung jenayah itu tetapi negara asalnya dan sumber dari negara mana datangnya gading itu tidak didedahkan.

Menurut agensi itu, penyeludup gading juga dikesan menggunakan Malaysia sebagai pusat transit pada tahun 2003 membabitkan 275 batang gading dari Tanzania dan pada 2009 melibatkan 189 batang gading dari Nigeria.

Jumaat lepas, polis Tanzania merampas 1,000 batang gading yang disembunyikan di dalam guni ikan kering di Port of Zanzibar, yang dikatakan bakal dibawa melalui jalan laut ke Malaysia.

Gading yang sering kali digunakan dalam pembuatan pemegang senapang, kekunci piano, bola biliard dan cenderamata mewah, merupakan bahan dagangan bernilai jutaan dolar, terutama di beberapa bahagian di Afrika yang mana gajah diburu untuk gadingnya.

Pakar menganggarkan bahawa pemerdagangan haiwan liar pada keseluruhannya bernilai AS$20 bilion (RM60 bilion) setahun, yang kedua terbesar selepas penyeludupan dadah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bieber Terlibat Kemalangan Kecil Tapi Selamat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain