suria

Parlimen Jepun Lantik Noda Jadi PM

TOKYO: Yoshihiko Noda pada Selasa dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun yang keenam dalam masa lima tahun.

Perdana Menteri terdahulu, Naoto Kan yang hanya memegang jawatan tersebut selama 15 bulan dan kabinetnya meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Noda yang merupakan bekas Menteri Kewangan dilantik sebagai pemimpin Jepun oleh parlimen.

Noda, 54 pada Isnin mengalahkan empat calon yang lain dalam Parti Demokratik Jepun dalam merebut jawatan sebagai presiden parti tersebut dijangka melantik barisan menterinya dalam beberapa hari yang akan datang.

Dalam rasa rendah diri, Noda pada Isnin menekankan bahawa beliau hanyalah seorang lelaki biasa tanpa kuasa atau rupa yang istimewa dan berjanji menjalankan satu kepimpinan dengan cara yang besederhana.

Noda juga mempunyai misi iaitu menyatukan partinya yang berpecah dan cuba melibatkan parti pembakang konservatif.

Beliau perlu menghadapi tekanan dalam masalah pemulihan semula Jepun selepas gempa bumi krisis nuklear dan juga ekonomi yang dihadapi Jepun. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain