suria

Palanivel Hadir Pada Sambutan Hari Merdeka Di Melbourne

MELBOURNE: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk G. Palanivel menjadi tetamu kenamaan pada sambutan Hari Kebangsaan Malaysia di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Palanivel berada di sini atas lawatan peribadi bersama isteri beliau.

Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di sini Dr Mohd Rameez Yahaya merakamkan penghargaan kepada kerajaan Victoria atas peranannya menyediakan tempat bagi ribuan rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran.

"Hubungan rapat ini terus subur dalam bidang perdagangan, pelaburan dan lebih penting lagi, dalam bidang pendidikan," katanya.

Terdapat kira-kira 8,000 rakyat Malaysia sedang menuntut di institusi pendidikan di sini.

Malam tadi, lebih 150 rakyat Malaysia, kebanyakannya pelajar, berkumpul di Dewan Malaysia di sini sempena Aidilfitri dan Hari Kebangsaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berbual dengan mereka menerusi persidangan video menggesa mereka belajar bersungguh-sungguh dan kembali ke tanah air untuk menyumbangkan khidmat bakti kepada negara. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain