suria

Tujuh Penunjuk Perasaan Syria Terkorban Pada Aidilfitri Pertama

NICOSIA (Syria): Seramai tujuh orang rakyat Syria terbunuh apabila tentera Syria melepaskan tembakan untuk meleraikan tunjuk perasaan yang dimulakan di masjid-masjid pada hari pertama sambutan Aidilfitri di sini, Selasa.

Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan berkata dalam kenyataanya bahawa "tujuh irang terbunuh pada hari Aidilfitri pertama di Syria termasuk empat di bandar Al-Harra dan dua orang di Inkhil dalam wilayah Daraa manakala seorang di bandar Homs.

Protes menuntut demokrasi yang dilakukan terhadap pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad bermula pada pertengahan Mac di wilayah Daraa.

Jawatankuasa tersebut berkata para penentang membuat tunjuk perasaan menentang pemerintahan Assad selepas solat sunat aidilfitri pada awal pagi di Nawa, Dael dan daerah lain di Daraa. -AFP

Artikel Lain