suria

Seramai 22 Pelombong Di China Diselamatkan

BEIJING: Seramai 22 orang pelombong arang batu berjaya diselamatkan pada Selasa selepas seminggu terperangkap di lombong bawah tanah yang banjir dekat timur laut China.

Rakaman yang disiarkan televisyen tempatan menunjukkan pelombong-pelombong yang diselamatkan dibawa naik ke atas tanah dengan berhati-hati dan kesemua mereka kelihatan berada dalam keadaan baik.

Mereka diselamatkan selepas bunyi bising didengari menerusi satu paip saluran udara sedalam 280 meter yang ditanam di bawah tanah lombong haram berdekatan bandar Qitaihe tersebut.

Dua puluh enam pelombong terperangkap pada 23 Ogos apabila mereka masuk ke lombong dan menghampiri kawasan rehat yang dibanjiri air hujan.

Terdahulu, tiga mangsa yang terperangkap telah diselamatkan pada Sabtu. -AP

Artikel Lain