suria

Serangan Udara Israel Korban Lima Warga Palestin

GAZA: Beberapa siri serangan udara yang dilakukan Israel terhadap penduduk Gaza dalam 24 jam yang lepas mengorbankan lima rakyat Palestin dan mencederakan 30 yang lain, demikian menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan, Khamis.

Dua daripada lima mangsa yang terkorban merupakan pejuang jihad Palestin yang menentang penguasaan Israel di Tebing Barat.

Serangan pertama yang dilakukan pada Rabu mengenai sebuah kereta di Rafah dan membunuh pejuang penentang, Ismail al-Ismar, 34.

Seorang penduduk awam, Ismail Amum, 65, kemudiannya dijumpai mati akibat serangan yang dilakukan di Deir Al-Balah dekat tengah Gaza.

Beberapa serangan yang dilakukan kemudian membunuh tiga lagi mangsa dengan beberapa mayat mangsa didapati hancur. -AFP

Artikel Lain