suria

Penyokong Gaddafi Serang Balas, Ganjaran Lumayan Ditawarkan

TRIPOLI: Perbalahan semakin memuncak pada Rabu apabila tentera penyokong pemimpin Libya, Muammar Gaddafi membuat serangan balas di kediaman Gaddafi, di sini, selepas ia ditawan kumpulan penentang.

Dalam pada itu, kumpulan penentang menawarkan ganjaran sebanyak RM51 juta kepada individu atau kumpulan yang berjaya menangkap Gaddafi dalam keadaan hidup atau mati.

Usaha diplomatik pula dilancarkan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan di Qatar oleh penyokong pemberontakan untuk mendapatkan semula aset berbilion ringgit untuk pemberontak di Libya.

Sementara itu, tentera penyokong Gaddafi melepaskan roket dalam usaha mereka menguasai semula lapangan terbang Tripoli daripada sekumpulan kecil pemberontak yang telah menawan kawasan itu.

Seorang jurucakap tentera pemberontak memberitahu stesen televisyen Al-Jazeera bahawa mereka berjaya menawan 90 hingga 95 peratus wilayah Libya. -AFP

Artikel Lain