suria

Rumah Terbakar Di Brisbane Korban 11 Nyawa

BRISBANE (Australia): Sekurang-kurangnya 11 orang terkorban termasuk enam orang kanak-kanak apabila sebuah rumah terbakar di bandar Logan, di sini, demikian menurut polis dan keluarga mangsa pada Rabu.

Seramai 14 orang berada di dalam rumah dua tingkat tersebut apabila api merebak pada tengah malam Selasa namun hanya tiga orang sahaja berjaya menyelamatkan diri, kata seorang anggota polis, Superitendan Noel Powers.

Polis berkata mangsa adalah daripada dua keluarga yang berketurunan dari Pacific Islander namun jiran mereka berkata mereka berasal dari Tonga.

Punca berlakunya kebakaran masih disiasat. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain