suria

Gempa Bumi Bermagnitud 5.8 Gegar Pantai Timur Amerika Syarikat

MINERAL, Virginia: Satu gempa bumi bermagnitud 5.8 pada skala Richter, Selasa, menggegarkan bangunan dan menyebabkan sebahagian penduduk dan mereka yang berada di Capitol, Rumah Putih dan Pentagon dipindahkan.

Tiada laporan terkini mengenai kematian. Bagaimanapun, pegawai-pegawai bomba di Washington melaporkan terdapat segelintir yang mengalami kecederaan.

Pusat Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa bumi itu berpusat kira-kira 64 kilometer ke arah barat laut Richmond di sini. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain