Peluang Strauss-Kahn Bebas Semakin Cerah - Dunia | mStar

Peluang Strauss-Kahn Bebas Semakin Cerah

NEW YORK: Seorang pekerja hotel yang menuduh tokoh kewangan dan calon Presiden Perancis, Dominique Strauss-Kahn membuat serangan seksual terhadapnya bakal diberitahu pada Isnin bahawa dakwaan-dakwaan yang dibuatnya akan digugurkan.

Dalam perkembangan terbaru kes yang mendapat perhatian seluruh dunia itu, pihak pendakwa raya memanggil Nafissatou Diallo, 32, yang mendakwa bekas Pengarah Urusan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) memaksanya melakukan seks oral apabila dia melakukan kerjanya mengemas bilik hotel mewah yang didiami Strauss-Kahn tiga bulan lalu, hadir ke Pejabat Pendakwa Raya.

Peguamnya, Kenneth Thompson, memberitahu pemberita bahawa perjumpaan di Pejabat Pendakwa Raya itu dibuat untuk memberitahu Diallo bahawa kes tersebut telah digugurkan.

"Mereka akan mengisytiharkan bahawa mereka akan menggugurkan keseluruhan atau sebahagian daripada dakwaan yang dibuat," kata Thompson.

Thompson bagaimanapun masih berharap supaya Pendakwa Raya akan memihak kepada Diallo namun perkembangan menunjukkan kemungkinan Hakim akan menggugurkan kesemua dakwaaan secara rasmi semakin tinggi.

Jika Hakim bertindak sedemikian, Strauss-Kahn akan bebas untuk pulang ke Perancis selepas penahanannya di New York pada 14 Mei dan dirinya yang dipenjarakan untuk satu tempoh singkat sebelum diikat jamin telah menyebabkan dunia politik Barat gempar.

Bukan sahaja Strauss-Kahn terpaksa meletak jawatan dalam IMF selepas penahannya, beliau juga terpaksa melupakan peluang menentang Presiden Nicolas Sarkozy untuk menjadi presiden Perancis dalam pilihan raya yang akan datang.

Kes pendakwaan mula terbongkar beberapa minggu kemudian apabila pihak Pendakwa Raya memberitahu bahawa Diallo pernah ditangkap menipu dalam borang permohonan suaka, termasuk mendakwa dia pernah dirogol beramai-beramai di negara asalnya, New Guinea.

Selain itu, dia dikatakan pernah berbual mengenai kekayaan Strauss-Kahn melalui perbualan telefon dengan seorang rakan dari negara asalnya yang kini sedang dipenjarakan di Amerika Syarikat (AS)

Pembohongan tersebut tiada kaitan dengan dakwaan serangan seks yang difailkan Diallo dan peguamnya mendakwa Diallo tidak pernah berbual mengenai kekayaan Strauss-Kahn.

Namun pihak pendakwa raya perlu meyakinkan juri dengan kisah lampau Diallo yang menjejaskan kredibilitinya.

Akhbar New York Daily News pada Isnin memetik sumber-sumber yang tidak disebutkan namanya yang mengatakan bahawa pendakwa raya akan mendedahkan maklumat penting tentang masalah kredibiliti Diallo.

Antaranya maklumat baru adalah Diallo tidak memberitahu pihak pendakwa raya bahawa dia ada melakukan hubungan seks pada malam sebelum dia mendakwa dirinya dicabul Strauss-Kahn.

Peristiwa itu mungkin dari awal lagi boleh menjelaskan punca wujudnya tanda kemerahan pada alat sulit Diallo yang diperiksa pada hari dia membuat laporan.

Walaupun Strauss-Kahn dibebaskan, reputasinya pasti akan terjejas dengan kes yang dihadapinya itu.

Thompson juga dilaporkan merancang untuk meminta mahkamah melantik Pendakwa Raya khas kerana dia mendakwa Pendakwa Raya Cyrus Vance telah melaksanakan tugasnya dalam kes tersebut secara tidak wajar.

Penulis buku biografi Strauss-Kahn, Michel Taubmann pula berkata tokoh kewangan itu tidak mahu meraikan berita baik tersebut terlalu awal kerana enggan memikirkan tentang apa yang bakal berlaku sehinggalah mahkamah membuat keputusan. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain