Rusuhan Seperti Di Britain Boleh Berlaku Di Jerman - Kesatuan Polis Jerman - Dunia | mStar

Rusuhan Seperti Di Britain Boleh Berlaku Di Jerman - Kesatuan Polis Jerman

BERLIN: Kejadian rusuhan dan penjarahan yang berlaku di Britain baru-baru ini, termasuk kejadian seorang pelajar Malaysia berusia 20 tahun, Mohamed Asyraf Haziq Rossli yang dipukul dan dirompak dalam rusuhan itu, dipantau oleh Jerman.

Malahan, pakar keselamatan dan polis Jerman telah membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya rusuhan sepertimana di Britain yang telah mengakibatkan kemusnahan besar-besaran.

Seorang pegawai kesatuan polis Jerman baru-baru ini memberi amaran bahawa rusuhan sepertimana di Britain boleh berlaku di Jerman. Namun ahli politik Jerman segera menolak andaian bahawa rusuhan seperti itu akan berlaku di negara itu.

Rainer Wendt, pengerusi Deutsche Polizei Gewerkschaft (Kesatuan Polis Jerman), baru-baru ini dalam temu bual dengan akhbar tabloid Jerman, Bild-Zeitung, berkata Jerman turut mempunyai tanda-tanda masalah sosial yang telah menjadi punca rusuhan besar-besaran di London dan beberapa bandaraya lain di United Kingdom selama hampir seminggu.

Wendt berkata rusuhan itu adalah berpunca daripada “jenayah, kebencian terhadap negara dan peminggiran daripada segi kebajikan sosial terhadap kumpulan tertentu”. Keadaan seperti itu turut wujud di Jerman.

Pakar sosiologi dan aktivis lain turut bersetuju dengan penilaian itu walaupun ahli politik Jerman enggan memperbesarkan masalah itu.

Pakar German mengambil perhatian bahawa rusuhan di Britain dicetuskan oleh pembunuhan lelaki berusia 29 tahun oleh polis di London. Rusuhan itu kemudian memuncak dan merebak ke Manchester dan the Midlands.

Menurut Wendt, demonstrasi 1 Mei yang diadakan setiap tahun di Hamburg dan Berlin berpotensi untuk mencetuskan rusuhan serupa di negara itu.

Rakyat Malaysia di Jerman menyatakan kepada Bernama, situasi di Jerman "jauh lebih baik daripada di Britain”. Bagaimanapun, mereka menyatakan tidak rugi untuk “bersikap lebih berhati-hati".

Pernah berlaku pergaduhan di antara orang asing dan kumpulan tempatan di Jerman namun ianya merupakan kes terpencil. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain