suria

Gempa Bumi 6.8 Skala Ritcher, Jepun Keluar Amaran Tsunami

TOKYO: Jepun mengeluarkan amaran tsunami selepas timur laut negara ini mengalami gegaran kuat berukuran 6.8 pada skala ritcher pada Jumaat, demikian menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Menurut laporan awal agensi itu, gempa bumi yang menggegarkan banggunan-banggunan di Tokyo tersebut berlaku di pantai lautan Pasifik pada kedalaman 20 kilometer.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik memberitahu tiada ancaman kemusnahan berpunca daripada tsunami di Lautan Pasifik dilaporkan.

Namun agensi matereologi memberi ancaman bahawa ombak setinggi 50 sentimeter mungkin akan muncul di sepanjang pantai yang musnah dalam tragedi tsunami pada Mac lalu termasuk lokasi loji nuklear Fukushima Daiichi.

Syarikat pengendali loji nuklear tersebut, Tokyo Electric Power Company (TEPCO) berkata tiada kerosakan atau perkara luar biasa yang baru berlaku dilaporkan selepas gempa bumi terbaru itu. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain