suria

Sony Kurangkan Harga PlayStation 3

TOKYO: Sony menurunkan harga permainan konsolnya iaitu PlayStation 3 (PS3) di seluruh Amerika Utara, Eropah dan Jepun, kata syarikat itu pada Rabu.

Langkah tersebut diambil untuk menggalakkan penjualan permainan itu semasa musim membeli belah pada hujung tahun ini.

Menurut satu keterangan yang dikeluarkan, Sony Computer Entertainment mengurangkan harga untuk PS3 daripada RM892 kepada RM742.51 di Eropah untuk PS3 160GB.

Mulai Khamis, syarikat tersebut juga akan menurunkan harga di Jepun iaitu daripada RM1,166 kepada RM971 manakala akan memberi potongan harga sebanyak 14 peratus di tiga pasaran utama untuk PS3 berkapasiti 320GB.

Langkah tersebut dibuat Sony selepas pesaingnya, Nitendo mengurangkan harga permainan konsol 3DS yang dijual agak pelahan dengan potongan harga sebanyak 40 peratus sejak 11 Ogos di Jepun.

Nintendo memberitahu bahawa potongan harga juga akan dibuat ke atas pasaran luar negara sebelum September.

Langkah tersebut dijangka akan meningkatkan jualan permainan konsol pegangan tangan itu malah para penganalisis berkata ia juga merupakan satu faktor yang membuatkan Sony mengurangkan kos PS3.

Nitendo berjaya menjual 214,821 unit 3DS di Jepun pada 8 hingga 14 August dan ia adalah catatan jualan yang kedua tertinggi sejak pelancaran permainan itu pada Februari lalu.

Sony pula telah menjual lebih daripada 50 juta PS3 seluruh dunia dan meluaskan porfolio kandungan permainan Playstation Networknya kepada lebih daripada 60,000 judul permainan. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain