suria

Rogol Dan Bunuh Remaja Iraq, Bekas Tentera AS Dipenjara

CHICAGO: Seorang bekas tentera Amerika Syarikat (AS) gagal dalam rayuannya dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di atas kesalahan merogol secara beramai-ramai dan membunuh seorang gadis Iraq juga membunuh keluarga mangsa.

Steven Green, yang dinamakan sebagai ketua gang melakukan kekejaman tersebut pada Mac 2006, dibicarakan di mahkamah awam.

Sebelum perbuatan kejamnya terbongkar, Green terlebih dahulu dibuang dari tentera kerana berperangai pelik.

Tiga askar lain yang terlibat dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah tentera diatas jenayah yang dirancang mereka semasa mabuk di pos kawalan di Mahmudiyah, selatan Baghdad.

Green tidak akan diberikan parol manakala pesalah yang lain boleh dilepaskan seawal 10 tahun kerana melibatkan diri dalam pembunuhan Abeer Al-Janabi, 14 dan ibu, ayah juga adik perempuan Abeer berusia enam tahun.

Peguam Green dalam rayuan yang dibuat pada pertuduhan tahun 2009 mendakwa mahkamah awam kekurangan bidang kuasa kerana dia dipecat dengan tidak mengikut peraturan.

Namun Hakim Boyce Martin berkata mahkamah mendapati hujah yang diberi oleh pihak pembelaan sebagai gagal dan menguatkan lagi keputusan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman tersebut kepada Green.

Hakim tersebut juga mengatakan penyelia Green gagal dalam menjalakan tugas mereka. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain