suria

Bot Terbalik, 20 Orang Masih Hilang

KATMANDU (Nepal): Sekurang-kurangnya 20 orang masih hilang selepas satu bot membawa muatan berlebihan yang dinaiki mereka terbalik ke dalam sungai di selatan Nepal.

Pegawai polis, Bikash Shrestha berkata jumlah sebenar mangsa yang hilang adalah tidak dapat dipastikan.

Menurut Shrestha, bot itu membawa sekurang-kurangnya 35 orang penumpang namun hanya 12 orang penumpang berjaya dijumpai setakat ini..

Bot malang tersebut terbalik pada lewat Selasa di sungai Kamala yang berada di 400 kilometer dari tenggara Katmandu.

Namun hari sudahpun gelap apabila kumpulan penyelamat sampai di tempat kejadian.

Seorang lagi pegawai polis, Hari Bahadur Pal bekata bot tersebut telah usang, membawa muatan yang berlebihan dan aras air sungai pula meningkat disebabkan hujan monsoon.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot tersebut diteruskan pada pagi Rabu. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain