suria

Suspek Bom Bali Diekstradisi Ke Indonesia

JAKARTA: Umar Patek, suspek dalam serangan bom di Bali pada 2002, telah diekstradisi oleh kerajaan Pakistan ke Indonesia.

Sejurus tiba pagi Khamis, dia dibawa dengan kawalan ketat ke pusat tahanan di Markas Komando Polis Indonesia di Kelapa Dua, Depok, di selatan Jakarta.

Umar, 41, yang dipercayai mempunyai maklumat berkaitan jaringan kerjasama pengganas di kawasan Asia, ditangkap pasukan keselamatan Pakistan di negara itu pada Januari lepas.

Tempat dia diberkas itu terletak tidak jauh dari rumah pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, yang ditembak mati dalam serbuan tentera Amerika Syarikat pada Mei lalu.

Umar dipercayai berperanan sebagai pembuat bom dalam kejadian serangan bom di dua kelab malam di Bali pada 2002, yang mengorbankan 202 orang, kebanyakannya pelancong Australia. - BERNAMA

Artikel Lain