Tiada Pemimpin Baju Merah Dalam Kabinet Yingluck - Dunia | mStar

Tiada Pemimpin Baju Merah Dalam Kabinet Yingluck

BANGKOK: Para pemimpin 'Baju Merah', yang menjadi penyokong kuat bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, tidak tersenarai dalam barisan Kabinet baru Thailand yang diumumkan malam Selasa.

Pemimpin utama Baju Merah termasuk Jatuporn Prompan, Natthawut Saikua dan Dr Weng Tojirakarn, yang memenangi pilihan raya 3 Julai lalu, di bawah tiket parti Pheu Thai tidak mendapat tempat di Kabinet Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

Empat orang bukan ahli politik turut dipilih untuk berkhidmat dalam Kabinet, menurut senarai yang dikeluarkan oleh Rumah Kerajaan.

Mereka adalah bekas Jeneral Polis, Kowit Watana sebagai Timbalan Perdana Menteri, Kittirat na Ranong (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan), Thirachai Phuvanatnaranubala (Menteri Kewangan) dan bekas panglima Tentera Udara, Sukampol Suwannathat sebagai Menteri Pengangkutan.

Kowit merupakan bekas ketua polis semasa pentadbiran Thaksin dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri di bawah pentadbiran Somchai Wongsawat manakala Kittirat merupakan bekas pengurus Bursa Saham Thailand.

Thirachai meletak jawatan sebagai setiausaha agung Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Thailand minggu lepas dan Sukampol merupakan bekas Ketua Polis Tentera.

Perdana Menteri Yingluck mempunyai lima timbalan dan selain Kowit dan Kittirat, mereka yang lain ialah dua pemimpin Pheu Thai, Yongyuth Eichaidit, Charlerm Yoobamrung dan pemimpin Chart Thai Pattana, Chumpol Silapa-archa.

Portfolio Pertahanan diberikan kepada Ahli Parlimen dari parti Pheu Thai, Jen Yuthasak Sasiparpha manakala seorang lagi Ahli Parlimen dari Pheu Thai, Surapong Towichukchaikul memegang portfolio Kementerian Luar.

(Adalah menjadi amalan biasa bagi bekas jeneral dalam pasukan polis dan tentera di Thailand mengekalkan pangkat selepas persaraan mereka).

Chart Thai Pattana, sebuah parti bersekutu kerajaan pimpinan parti Pheu Thai, juga diberi satu lagi jawatan menteri iaitu Menteri Pertanian yang disandang oleh Theera Wongsamut.

Selain itu, timbalan perdana menteri Chumpol juga akan memegang portfolio Pelancongan dan Sukan.

Dua lagi rakan bersekutu Pheu Thai, Phalang Chon, diberi jawatan Menteri Kebudayaan yang disandang oleh Sukumol Kunplome manakala parti Chart Pattana Puea Pandin mendapat portfolio Kementerian Perindustrian dengan Wannarat Charmnukul sebagai menterinya.

Portfolio penting yang lain seperti pendidikan, teknologi maklumat dan komunikasi, tenaga, kehakiman, sumber manusia dan kesihatan awam dipegang oleh Ahli Parlimen dari Pheu Thai. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain