suria

Tsunami Jepun Punca Pembentukan Bongkah Ais Sebesar Manhattan Di Antartika

PARIS: Tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu telah menyebabkan terbentuknya sebuah bongkah ais sebesar Manhattan di Antartika - 13,000 kilometer dari tempat kejadian, demikian menurut laporan Agensi Angkasalepas Eropah (ESA) pada Selasa.

Bongkah ais yang sangat besar itu terbentuk akibat rempuhan arus ombak yang sangat kuat akibat daripada gempa bumi dan juga tsunami.

Pada 12 Mac iaitu sehari selepas kejadian tsunami dan gempa bumi tersebut, satelit ESA telah merakamkan pembentukan bongkah ais tersebut yang terbentukan akibat rekahan pelantar ais Sulzberger dan pada 16 Mac pula, ia merakamkan bongkah tersebut sedang terapung di Laut Ross.

Bongkah tersebut berukuran 9.5 km panjang dan 6.5 km lebar iaitu hampir sama dengan keluasan daerah Manhattan di New York dan badan bongkah ais tersebut adalah sedalam 80 meter dari aras laut.

Tsunami yang melanda Jepun itu dianggarkan membentuk ombak setinggi 23 meter (76 kaki) akibat daripada gempa bumi berukuran 9.0 pada skala richter di dasar laut Jepun.

Artikel Lain