suria

Terbaru: 138 Ditahan Dalam Rusuhan Di Birmingham

BIRMINGHAM: Polis telah menahan 138 orang di sekitar bandar ini pada Selasa kerana terlibat dalam rusuhan dan juga penjarahan.

Rusuhan yang bermula di kota London pada Sabtu telah merebak ke bandar-bandar besar yang lain termasuklah bandar ini yang merupakan bandar yang kedua terbesar di Britain dengan satu juta penduduk.

Sekurang-kurangnya 30 buah kedai dan bangunan telah menjadi mangsa penjarahan dan rusuhan di sekitar bandar ini sejak malam Isnin lagi.

Adalah dianggarkan sekitar 800 orang yang memakai topeng telah menjarah dan merosakkan kedai-kedai dan gedung perniagaan lain di kawasan membeli-belah utama manakala sebuah balai polis telah dibakar.

Lebih 400 pasukan polis anti-rusuhan telah dikerahkan di kawasan-kawasan yang kritikal untuk mengawal keadaan.

Artikel Lain