suria

Taufan Muifa Landa Jepun, China Bersedia

TOKYO: Seramai 12 orang penduduk mengalami kecederaan selepas hujan lebat yang disebabkan taufan kuat Muifa melanda kawasan berdekatan Pulau Okinawa di Jepun pada Jumaat.

Taufan itu juga menyebabkan sebanyak 60,000 buah rumah mengalami gangguan elektrik dan semua jadual penerbangan dari dan ke pulau itu dibatalkan.

Ia berlaku di bandar Naha, Okinawa pada kelajuan 216 kilometer sejam, demikian menurut Agensi Meteorologikal Jepun.

Menurut sumber, 54 orang penduduk dengan sukarela meninggalkan rumah masing-masing untuk pergi ke tempat perlindungan seperti kawasan sekolah.

Ribut tersebut bergerak ke arah barat laut China pada kelajuan kira-kira 10 kilometer sejam dan dijangka sampai ke kawasan itu pada lewat Sabtu atau awal Ahad.

Dalam persediaan menghadapi taufan Muifa, China mengarahkan kesemua lebih daripada 7,000 bot nelayan pulang ke pelabuhan pada Jumaat.

Pihak berkuasa di Shanghai pula memberi amaran bahawa operasi kereta api berkelajuan tinggi mungkin akan terganggu. -AFP

Artikel Lain