suria

Tambang Bas, Kereta Api Di Singapura Naik Mulai 8 Oktober

SINGAPURA: Singapura akan menaikkan tambang bas dan kereta api mulai 8 Oktober depan, membenarkan pengusaha pengangkutan awam membuat pelarasan tambang, satu peratus.

Majlis Pengangkutan Awam (PTC) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata jumlah itu adalah sangat rendah berbanding pelarasan tambang maksimum 2.8 peratus yang dipohon oleh pengendali pengangkutan awam (SBS Transit dan SMRT) sebelum ini.

Berikutan pelarasan itu, tambang kad dewasa untuk bas dan kereta api akan meningkat kepada dua peratus bagi setiap perjalanan, manakala tambang bagi kad konsesi warga emas akan naik satu peratus bagi setiap perjalanan. Tidak ada perubahan bagi tambang kad konsesi kanak-kanak/pelajar.

Tambang tunai untuk orang dewasa yang menaiki bas dan kereta api akan naik 10 peratus bagi setiap perjalanan jika mereka membuat pertukaran dalam perjalanan. Namun, tiada perubahan tambang bagi warga emas dan kanak-kanak/pelajar yang membayar tunai. - BERNAMA

Artikel Lain