suria

Penulis Singapura Li Lienfung Meninggal Dunia Pada Usia 88

SINGAPURA: Salah seorang penulis Singapura yang paling prolifik, Li Lienfung, meninggal dunia pada Rabu malam pada usia 88 tahun.

Beliau meninggal dunia pada 11.30 malam selepas mengalami pendarahan teruk di otak menyebabkan beliau koma, lapor akhbar The Straits Times.

Li meninggalkan seorang anak perempuan, dua orang anak lelaki dan enam orang cucu.

Beliau amat meminati bidang seni, menulis dalam kolum popular dwibahasa 'Bamboo Green' dalam The Straits Times antara 1979 dan 1984, dan sekali lagi pada awal tahun 1990-an hingga 1998 -- yang menceritakan anekdot kisah silamnya ketika membesar di China, di mana beliau dilahirkan.

Beliau pada mulanya menerbitkan koleksi esei mengenai kehidupan di China pada usia 13, berpindah ke Hong Kong pada 1937 dan kemudian ke Amerika Syarikat pada 1940.

Pengebumian akan diadakan pada Ahad. - BERNAMA

Artikel Lain